Kenali Musuh Kita, Apa itu Syabu?

1:06:00 PM
Kepada yang belum mengenali apa itu dadah syabu,  kami berharap dengan maklumat yang dikongsi dapat mencegah para pembaca dari terjebak dengan dadah. Amin. Sumber Wikipedia.


Metafetamin merupakan sejenis (psikotrapit) dadah perangsang yang mampu menghasilkan perasaan ghairah yang kuat kepada pengguna dan boleh mengakibatkan ketagihan yang teruk.
Nama ringkas bagi metafetamin adalah Meth. Metafetamin asli berbentuk seperti pepejal kristal dan tidak berwarna. Metafetamin dicipta untuk kali pertama oleh ahli kimia jepun Akira Ogata pada tahun 1919.




Ketenteraan


Metafetamin kadangkala diberikan kepada askar untuk menghilangkan perasaan takut dan merangsangkan penggunanya agar menjadi lebih ganas dan agresif.

Pervitin adalah sejenis dadah metafetamin yang digunakan oleh tentera German semasa Perang Dunia II.

Semasa Perang Dunia II, askar- askar German Wehrmacht dan Tentera Merah Soviet (Soviet Red Army) sering dibekalkan dengan metafetamin. Adolf Hitler juga dikatakan menyuntik dirinya dengan metafetamin. Selain itu, juruterbang Kamikaze Jepun juga dibekalkan dengan metafetamin


Nama - nama lain

Metafetamin mempunyai pelbagai nama lain seperti glass, ice, crystal, atau speed.

Di Jepun, Malaysia dan Filipina metafetamin juga dikenali sebagai syabu. Nama panggilan jalanan ialah batu, kaca, kristal, sejuk, barang.


Metafetamin yang dihasilkan dengan campuran anhydrous ammonia dipanggil sebagai Nazi Dope kerana dikatakan pihak Nazi menggunakan kaedah tersebut untuk menghasilkan metafetamin untuk tenteranya. Ia juga dikenali dengan nama annie's dope atau annie sahaja.

Di Thailand pula, metafetamin dikenali sebagai ya ba.



No comments:

HAKMILIK AADK DAERAH KUBANG PASU. Powered by Blogger.