Bengkel TOT PDH Peringkat Parlimen Jerlun @ Dewan Kodiang

3:00:00 PM
BENGKEL "TRAINING OF TRAINERS" (TOT) PERANGI DADAH HABIS-HABISAN PERINGKAT PARLIMEN JERLUN
01 April 2018
Dewan Kodiang, Pekan Kodiang
#PerangiDadahHabisHabisan #KubangPasuMemerangiDadah


Disediakan oleh : Mohd Nazmir Bin Mahadzir (AADK Daerah Kubang Pasu)

#KODIANG, Ahad - AADK Daerah Kubang Pasu telah mengadakan Bengkel Training of Trainers (TOT) Program Perangi Dadah Habis-Habisan (PDH 3.0) Peringkat Parlimen Jerlun pada 01 April 2018 yang lalu. Program yang bertempat di Dewan Kodiang, Pekan Kodiang ini telah dihadiri oleh 153 peserta daripada kalangan Penghulu, Imam, Pengerusi JKKK, Ahli JKKK, Ahli KRT, Pelajar GIATMARA dan masyarakat setempat di dalam kawasan Parlimen Jerlun. 

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada pemimpin-pemimpin masyarakat tentang masalah penagihan dan penyalahgunaan daun ketum, memupuk semangat kerjasama antara pemimpin masyarakat dan pihak berkuasa kerajaan untuk membanteras penagihan dadah dan penyalahgunaan daun ketum, menambahkan idea dan menggalakkan pemimpin masyarakat setempat mengadakan program-program pencegahan dadah dan penyalahgunaan ketum di tempat masing-masing dan menyalurkan maklumat tentang cara menangani masalah penagihan dadah dan penyalahgunaan daun ketum secara lebih efektif dan memberi pertolongan kepada kumpulan sasar.

Antara tenaga pengajar dan penceramah yang terlibat dalam memberi input dan latihan dalam program ini ialah Tuan Mohd Zaki Bin Ablah (Ketua Pegawai AADK Daerah Kubang Pasu), Tuan Hafizie Bin Yahya (Ketua Pegawai AADK Daerah Timur Laut), Tuan Haji Shamsuri Bin Yusuf (Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda) dan Tuan Nasru`d-din Bin Haji Abdul Rahman (Penolong Pengarah Penguatkuasaan & Keselamatan AADK Negeri Kedah).

Majlis pelancaran program ini telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Wira Othman Bin Aziz, Timbalan Menteri Kewangan 1, merangkap Ahli Parlimen Jerlun dan diiringi oleh YB. Dato' Haji Abu Hasan Bin Sarif, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Seputeh pada 01 April 2018 jam 1.00 petang.













No comments:

HAKMILIK AADK DAERAH KUBANG PASU. Powered by Blogger.