Kem SMART 2018 @ APM Anak Bukit

11:41:00 AM

KEM SMART
10 Julai 2018
Kompleks Angkatan Pertahanan Awam, Anak Bukit
#PerangiDadahHabisHabisan #KubangPasuMemerangiDadah


********************************************************************************************************

KEM SMART AADK DAERAH KUBANG PASU SIRI 1/2018

Disediakan Oleh : Mohd Nazmir Bin Mahadzir (AADK Kubang Pasu)

#ANAKBUKIT, Ahad - AADK Daerah Kubang Pasu telah berjaya mengadakan Kem SMART 2018 (Sukses, Matang, Aktif, Rasional & Tanggungjawab) selama 3 hari, bermula pada 08 Julai 2018 – 10 Julai 2018 yang lalu. Program yang bertempat di Kompleks Angkatan Pertahanan Awam, Anak Bukit ini telah dihadiri oleh 37 peserta daripada 4 Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam daerah Kubang Pasu iaitu Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBD), Institut Latihan Perindustrian Jitra (ILP Jitra), Institut Kemahiran Belia Negara Jitra (IKBN Jitra) dan GIATMARA Jerlun.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menggerakkan golongan belia setempat supaya bertindak memerangi ancaman dadah di tempat masing-masing, melahirkan belia yang berkemahiran tinggi, berwawasan dan bebas daripada ancaman dadah serta menyampaikan informasi tentang kepentingan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Melalui kem ini, diharapkan ianya akan dapat melahirkan belia yang memperolehi pengetahuan, kefahaman dan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah, belia yang tidak terlibat dengan gejala sosial terutamanya penyalahgunaan dadah dan belia yang dapat menyampaikan maklumat bahaya dadah kepada rakan sebaya.

Tenaga pengajar dan penceramah yang terlibat dalam memberi input dan latihan dalam program ini ialah daripada pihak AADK Daerah Kubang Pasu dan Angkatan Pertahanan Awam sendiri.

Majlis pelancaran program ini telah disempurnakan oleh YB. Mohd. Asmirul Anuar Aris (ADUN Kubang Rotan), merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Pembangunan Usahawan serta Badan-Badan Bukan Kerajaan dan diiringi oleh LT. (PA) Mohd Zain bin Bahrum, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar serta Encik Mohd Zaki Bin Ablah, Ketua Pegawai AADK Daerah Kubang Pasu pada 10 Julai 2018 jam 1.00 petang.



























































No comments:

HAKMILIK AADK DAERAH KUBANG PASU. Powered by Blogger.