Program Gotong-Royong Mega 2.0 @ AADK Kubang Pasu

12:20:00 PM
PROGRAM GOTONG ROYONG MEGA 2.0
24 September 2019
Pejabat AADK Kubang Pasu
#PerangiDadahHabisHabisan #KubangPasuMemerangiDadah #KomunitiKitaTanggungjawabKita

Oleh : MOHD NAZMIR BIN MAHADZIR

GOTONG-ROYONG MEGA 2.0 : PERANGI AEDES PERINGKAT KEBANGSAAN & PROGRAM JOM HIJAU.
.
#JITRA, 24 September 2019 - AADK Daerah Kubang Pasu dengan dibantu oleh Balai Bomba Dan Penyelamat Jitra telah berjaya mengadakan "GOTONG-ROYONG MEGA 2.0 : PERANGI AEDES PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2019 DAN PROGRAM JOM HIJAU". Program ini bermula jam pukul 09.00 pagi dan bertempat di kawasan sekitar Pejabat AADK Kubang Pasu.


Program ini telah diketuai sendiri oleh Ketua Pegawai AADK Daerah Kubang Pasu, Encik Mohd Zaki Bin Ablah bersama semua anggota AADK Kubang Pasu. Semua anggota dipecahkan kepada 3 kumpulan kecil untuk melancarkan lagi program ini.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik dan memupuk sifat sukakan kebersihan dikalangan anggota dan juga salah satu langkah untuk mencegah nyamuk aedes daripada membiak dikawasan sekitar pejabat. Selain daripada itu, tujuan program ini juga adalah untuk menerapkan nilai-nilai hijau dalam kalangan warga aadk disamping mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar akibat aktiviti seharian.



























No comments:

HAKMILIK AADK DAERAH KUBANG PASU. Powered by Blogger.