Family On Alert (F.O.A) @ AADK Kubang Pasu

1:39:00 PM
FAMILY ON ALERT (F.O.A)
21 September 2020
AADK Daerah Kubang Pasu
#KemakmuranDanKesejahteraanBersama #KubangPasuMemerangiDadah #KomunitiKitaTanggungjawabKita

PROGRAM FAMILY ON ALERT, MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN RAMAH MESRA.


#JITRA - Pada tarikh 21/09/2020, pihak AADK Kubang Pasu telah mengadakan Program Family On Alert (FOA) bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat AADK Daerah Kubang Pasu.

Program ini telah dihadiri oleh 27 peserta yang terdiri daripada ibu bapa, waris, guru dan pelajar. Antara intipati program yang dilaksanakan ialah taklimat tentang Caragaya Keibubapaan dan LDK bersama peserta, yang dikendalikan sendiri oleh Ketua Pegawai AADK Kubang Pasu, Puan Ayunizam Binti Daud.

Turut berlangsung ialah acara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang "Pertandingan Melukis & Mewarna sempena Bulan Kemerdekaan 2020". Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Terima kasih juga diucapakan kepada ibu bapa, waris dan guru yang turut sama hadir ke majlis ini.

Tahniah sekali lagi dan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan. Semoga kita berjumpa lagi.


















































No comments:

HAKMILIK AADK DAERAH KUBANG PASU. Powered by Blogger.